![Plot Tikam Menteri](https://source.boomplaymusic.com/group10/M00/03/27/fa800a7f6c30406ba65535b7a54752b1_464_464.jpg)
Plot Tikam Menteri Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2024
Lyrics
Aku setiausaha menteri
Kakitangan kerajaan yang makan gaji
Tenaga kerja merealisasi
Dasar impian ilusi mimpi negeri
Tetiba muncul surat rahsia
Ada orang yang berhajat nak jumpa
Nak cuba-cuba bermanja kata
Demi bangsa agama negara raja
Mintak tolong pancingkan maklumat
Mereka tahu yang aku tak larat
Masuk pejabat konon bekerja
Mata kuyu otak entah ke mana
Eh, ini peluang
Takkan tak nak tengok orang kita menang
Setiap arahan bawah nama tuhan
Tunggang ego kaum orang bangang
Tak nak kena pancung
Sebelum majikan boleh kena tembak
Nak ke tak nak
Ini perangkap
Yang lambat kena tangkap
Tak nak kena pancung
Sebelum majikan boleh kena tembak
Nak ke tak nak
Ini perangkap
Yang lambat kena tangkap
Hisap rokok suruh cium bibir
Aristokrat ustad kapitalis
Tukang intai tengah rakam
Bangsawan haprak golongan pendatang
Pisau tak perlu tajam
Binatang haram takyah kasih sayang
Biar mereka bertukar
Emas tersorok dalam belukar
Main api elit istana
Tukang tarik tali anjing negara
Hakim badut gelut kuasa
Kalau umpan tersangkut untung berjuta
Aku masih di sini
Dalam bilik cakap sorang diri
Timbang tara: nak buat apa?
Nak main judi sambung jadi hamba?
Tak nak kena pancung
Sebelum majikan boleh kena tembak
Nak ke tak nak
Ini perangkap
Yang lambat kena tangkap
Tak nak kena pancung
Sebelum majikan boleh kena tembak
Nak ke tak nak
Ini perangkap
Yang lambat kena tangkap