Kerosakan Kekal Pada Bahagian Otak Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2022
Lyrics
Yeah
Assalamualaikum
Budak bodoh cuma nak berpantun
Nak cantum ayat-ayat pelik kurang ranum
Biar jelik biar rasa tergeletek
Anak kecil tengah hisap tetek
Kuda lembu arnab ayam itik
Beruang keluang musang masuk sekali
Benang-benang dari tikar permaidani
Baris tak boleh nak sambung
Korek lubang atas kepala bumbung
Kunyah buluh
Gigit rebung
Butuh engkau tengah meletup
Dari bangun baik engkau duduk tunduk
Batu gula padu mula guna kata-kata kosong makna
Bersama hantu dewa kerengga bercereka
Dia bersila senyum simpul tampan sahaja
Haiwan di rimba
Ya takda siapa sujud khusyuk
Urut perut sebu
Berlalat berbulu
Mengirapkan punggung
Mendarabkan singgung
Tipu nombor satu?
Beruk makan pisang
Celup masuk longkang
Cerita kumandang pandangan sang bangang
Makan-makan dengan sembang-sembang
Julang raja si jahat; dah lama kenyang
Ya siapa boleh berdiri
Ya siapa boleh menari
Ya siapa masih disini
Ya siapa yang dicari
Ya siapa boleh berdiri
Ya siapa boleh menari
Ya siapa masih disini
Ya siapa yang dicari
Gerak langkah kotak dipangkah
Melatah jatuh telaga salasilah disanggah
Merepek merapu keretek penyapu akal sudah buntu arus ilmu kaku
Sifat hodoh binatang gelojoh
Sambung tentang angkat parang pedang lawan bangkang
Jongkang-jongket ayat berlapik
Tutup pejam mata sambil si lain mengejek
Anak tekak sudah mula berdarah
Tergelisah rasa sakit senak
Mangkak
Kepala batu sudah mula keliru
Conteng arang dimuka kalah jadi abu
Lenggang-lenggang kangkung
Lenggang-lenggang kangkung
Sambil kumpul ngariung sembang kita disambung
Kumpul ngariung sembang kita disambung
Lenggang-lenggang kangkung
Lenggang-lenggang kangkung
Sambil kumpul ngariung sembang kita disambung
Kumpul ngariung sembang kita disambung