Serpihan Akal Yang Sudah Sesat Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2022
Lyrics
Bakar benda hitam
Mata guna untuk tampak benda yang telanjang
Dari penebat
Jari tak dapat nak capai tak cukup panjang
Tunggang langgang idea dipanggang
Hah? tiada sapa dalam bilik ini
Silih berganti gema suara masuk telinga
Pukul gendang berirama
Mata pandang tangan panjang sang dewa
Ah? sorang lagi terperangkap
Kaki terjerat tak dapat gerak tulang mula rekak
Ramai-ramai tergelak terbatuk sinis tersedak
Akal paradigma berganjak dianjak
Pisau diasah sebelum mula belasah
Dua ekor syaitan bawah selimut basah
Ludah dalam tangan
Ludah dalam kolah
Olahkan satu prinsip bisik rocah
Jangan kiblat satu dua tiga tersilap
Bergaduh beradu sama-sama dalam gelap
Menyiarap diam-diam bawah lampu malap
Sama cepat sama-sama lembab
Buka pintu sembah matahari
Dewa rama hanuman penat sedang mencari
Pengganti tapi engkau masih di sini
Boleh lagi berdiri angkuh berani
Bendahara alam tunjuk muka masam
Jari terluka ubat bubuh garam
Rasa sakit dipendam hati mahu menang
Belum kalah perang biar bodoh janji terus berjuang
Raja gemuk jadi hamba jualan
Koperasi berisi najis darah babi
Ke mana pergi manis pada janji
Lembu pegang tali ketua pegang hati
Si bodoh otak tak pernah lagi merdeka
Gelojoh melantak makan gula-gula
Orang kaya orang gila kuasa celaka
Tolong hamba hai tukang pujangga
Sudah penat puja tiap lafaz dinafas
Tunggu pahala dengan sifat resah was-was
Takkan datang hari esok
Biar dah juta tahun lama sujud
Si bodoh otak tak pernah lagi merdeka
Gelojoh melantak makan gula-gula
Orang kaya gila orang kaya celaka
Tolong lah hamba hai tukang pujangga
Sudah penat puja tiap lafaz dinafas
Tunggu pahala dengan sifat was-was
Takkan datang hari esok
Dah juta tahun hamba sujud