
Buka Paip Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2012
Lyrics
Buka tongkol paip keluar titis air
Kata-kata ditaip kiri kanan berfikir
Siapa salah arif lontar salam bergilir
Malah mereka alif mengalir ke hilir
Cari jalan pulang balik mahu kembali
Masa sudah datang tiket terbang sudah dibeli
Tunggu nasib malang jangan berlari berkati
Tunggu masa senang jangan berdiri sembunyi
Pensil tajam bergerak ke depan
Alif ba ta menghala ke kanan
Seni alam dihentak tukang sawan
Beri salam tersedak nasi ditelan
Dakwat hitam sotong kaki lapan
Jebat lawan sang tuah sekawan
Tersekat fikiran potong buah sambungan
Jom dongak awan kulum sudah buangan
Satu dua tiga tidak boleh bergerak
Pejam gelap cermin mata elak dari beliak
Apam dalam baju wangi putih habuk pakai bedak
Semalam
Kelabu
Tolak jentolak
Masam muka sejuk salju
Amalgam watak daku beku kaku
Air suam atas luka ibu
Bunyi letop kerdam satu bunyi berdetum
Kuku tercabut darah merah gelap
Tangan salam disambut dengan langkah perasap
Budak gemok menjerit atas atap
Buat lauk berfikir model badan tegap
Angkat penyapu dan batang keras kayu
Mari genggam tangan lambang tukang kerja bersatu
Dari kuli ke sultan bilas parang diacu
Tapak kaki iblis pun tidak berabu