Jangan Henti Bergaduh Wahai Nasionalis Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2012
Lyrics
Buka perangkap untuk si murka
Ditangkap
Lupa sekejap mulut mana yang bercakap
Sila berdebat untuk bersuka dalam gelap
Si gila bersilat muka terluka tersilap
Mereka rambut hitam mata coklat
Mereka sambut salam dengan kata-kata pelat
Minda terhanyut hilang lupa kisah-kisah kelat
Masih bergelut tak faham inti tersirat
Anak derhaka si tanggang digantung
Ibu tiri celaka bersumpah berpayung
Darah daging bertukar jadi batu di tanjung
Jadi bahan kelakar untuk si gemuk pelancong
Hutan batu lampu penuh kelkatu
Menara tinggi berlakon bersatu
Saudara saudari dengar lah tukang hasut
Boleh disaji dengan segenggam pulut
Nasionalis kosong identiti
Perasan cerdik tak pernah kenal diri
Fasis rasis senang takut cepat lari
Seram kena herdik seekor anjing tergari
Megah berteduh bawah bendera
Merah biru putih kuning tercalit warnanya
Telah tipu lebih pusing terbelit berkata
Sudah tahu mahu langsing berjerit suara
Siapa yang perasan perasaan anarkis
Siapa yang perasan perasaan komunis
Dajal sosialis pasar sang kapitalis
Empayar imperialis tamak si materialis
Biar bumi
Meletup berapi
Berasap berdaki
Berkerot termati
Siapa kisah kosong takda bukti
Helah ajaib kata-kata saudagar besi