Cicak Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2012
Lyrics
Cicak kobeng merangkak atas dinding
Aku berlagak macam aku lagi penting
Kepala otak macam nak dijinjing
Benarnya terhad pavlovian anjing
Kencing aku berbau hancing
Bertaring bila aku mahu mula bersaing
Makhluk rosak akhlak sudah kering
Terkoyak-rabak nota sekeping
Aku tergolong dari mereka yang hampa
Tak boleh tipu fakta durjana
Akta rencana
Mata kelana
Akhbar merana
Jata kencana
Caci sumbat masuk dalam penjara
Boleh maki hambat mari pancung kepala
Hamba tuhan ini tak ada guna
Lepas mati kena bakar kan masuk neraka
Mentaliti rakyat sempit
Fokus teliti pada sifat jahil
Pada sifat batil
Takkan kiblat hadir
Seluruh umat terpalsu dalil
Hanya berapi pada kata-kata
Usaha daya realiti tiada
Jangan dengar gelombang ini suara
Anasir penghasut tukang seni gila
Masih menari dengan dewa-dewi
Masih cumbu hati dewi shanti
Selendang hitam sang johari
Masih boleh berjalan tanpa ada henti
Bukan pakar metafora
Tapi kata-kata boleh tanpa noktah berbunga
Bukan waris said za'ba
Dan rambang genetik tiada siapa kisah
Sultan rakyat menteri raja
Semua benarnya sama belaka
Semua ada dosa pahala
Yang beza hanya ilusi depan mata
Bukan hendak derhaka
Kepala aku kan dipijak juga
Oleh mereka yang pegang kuasa
Nak konon heret bawa masuk penjara
Tiada ketua dalam sarang tikus
Mamalia ikan paus
Kosong sifar 90 kosinus
Masih belajar aku budak penuh hingus
Setitik air dalam lautan biru
Cahaya mengalir uratan kalbu
Benak bodoh rendah iq
Masih gelojoh mencatit ilmu