Harus Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2022
Lyrics
Harus, menangnya aku itu susah tentu
Harus, ramai tak setanding kerna niat mereka
Halus, bukan nak riak cuma kita jalan terus
Harus
Hasrat terpendam niat terpahat
Bezanya kita takkan mungkin serasi
Ku julangkan impi yang amat berat
Eloknya diriku bagai resmi padi
Langkahku pantas sekilat
Semangat garuda
Sayap terbuka itulah anugerah
Tetap ku tenang tak mungkin gelabah
Datangnya sang aku bagaikan juara
Lah gah ewa-nya
Raga berirama
Langkah demi langkah
Pena ku si senjata
Harus, menangnya aku itu susah tentu
Harus, ramai tak setanding kerna niat mereka
Halus, bukan nak riak cuma kita jalan terus
Harus
Aku lain macam hanya terpilih faham
Lawan aku bukan dengan kau jangan cadang
Setiap ayat setiap barisan lirik menjadi bukti
Langgam kita berbeza tak usah diuji
Definasi hidup ia tak adil
Pandai makan pandai simpan walau terbalik
Kalau aku nampak kesempatan aku ambil
Kalau ada nyawa yang cuba menahan aku tarik
Sebelum ku serit satu-persatu sampai ke pinggir
Apa yang mereka ada aku mahu sedikit
Citak rompak terlalu banyak susah untuk ku pilih
Rappers kata mereka berduit nafsu ku dah menidih
Siapa yang mahu di tindir?
Cuba fikir
Kepercayaan ku terhadap mereka agak tipis
Bukan sindir
Cuma realiti sudah mengambarkan kenyataan
Lah gah ewa-nya
Raga berirama
Langkah demi langkah
Pena ku si senjata
Harus, menangnya aku itu susah tentu
Harus, ramai tak setanding kerna niat mereka
Halus, bukan nak riak cuma kita jalan terus
Harus
Memang harus
Memang harus ku tanam mereka hidup hidup
Mungkin kawan ku sendiri musuh bawah selimut
Lebih baik ku jalan seorang tanpa pengikut
Memang harus