GeylangGang Dikir 24 (Neng Nyno) Lyrics
- Genre:Acoustic
- Year of Release:2024
Lyrics
Tercoret senyuman lebar nan merah terang menyala
Belalak mata berhias pelangi atas jemala
Besar bajunya lebar kasutnya panjang tak terkira
Penuh telatah berjangkit tawa geletek gembira
Siapa yang tahu kisahku?
Pipi yang bertanda itulah malu dipandang hina
Kembangnya hidung dek tersedu-sedu malam lalu
Biarlah lara menjadi rahsia antara kita
Siapa 'kan acuh sakitku?
Kerentingnya rambut begitulah serabut di minda
Tergantung labuh nak disorok segala parutku
Biarlah gila ubatkan laranya hati mereka
Pasti ada yang berdukacita
Kesukaran yang kerap terjerat
Dalam terkenang memaut luka
Mencari arah hidup yang sesat
Di kala bermulanya gelagat
Berdekah-dekah pelbagai nada
Keluh-kesah pun turut terserat
Yang miskin papa terasa kaya
Yang kaunampak perilaku
Pelik bodoh tak berinti
Tapi itu belum tentu
Langkahku dapat kauisi
Dari belon jadi pedang
Bukan untuk tikam diri
Gerak geri nampak bangang
Kekalutan sanubari
Dalam aksi silap mata
Bukan ragam tipu daya
Cerita dongeng boneka
Itulah bicara jiwa
Aku Sang Pendekah Duka
Atas panggung kuberkarya
Yang kautampak berceria
Tak terjelingnya derita
Haha haha
Gila? siapa gila?
Eh! cuba ketawa
Lega tak rasa?
Sebab itu percuma
Penepis segala gundah gulana
Suka? bukan ke tu mudah?
Dalam kehidupan yang sementara
Susah senang itulah lumrah
Jadi gelaklah sekuat mana
Lepaskan beban seribu duka
Dah puas berdekah? teruskanlah!
Biar yang susah
Biar yang resah
Aku kau dia kami kalian kita
Sang Pendekah Duka
Badut di mata dunia
Kitakah badut badutkah kita?
Yang berdekah dalam luka terkubur rahsia hati
Dalam senang tentu berpangkalkan usaha
Itu pengganti pembuta hati yang iri
Dalam susah mesti tak kekal selamanya
Itulah janji pada setiap insani
Wau bulan
Teraju tiga
Antara kita masih ada yang kemurungan
Dalam senangnya kita bersama bangkitkan mereka
Selesakan diri tika hidup dalam kesulitan
Jadi bila senang menyinggah nikmatnya terasa