![GeylangGang Dikir 24 (Kelana Purba)](https://source.boomplaymusic.com/group10/M00/09/20/49b3cadfa49046bd98a46fe869a6b355H3000W3000_464_464.jpg)
GeylangGang Dikir 24 (Kelana Purba) Lyrics
- Genre:Acoustic
- Year of Release:2024
Lyrics
Tepung putih tenggelam, pecah telur si ayam
Lemak kuning bergaram, gula secubit..segenggam
Bancuhlah sedalam-dalam, pekat manisnya dipendam
Panggang jangan terpejam..hangit! hangus! ia menghitam!
Merah panas membahang, dalam loyang ia berkembang
Gebunya jangan terkurang, hasil nikmat 'kan menghilang
Dalam kalah ada menang, dalam susah ada senang
pahit, manis yang dihidang..dah dijamah, 'kan dikenang
Api lilin menyala, pacak terdiri atas bumbung
Pelambang usia kita, kelak pulang di penghujung
Tujuh lapis, tujuh warna..dah disusun, 'kan disarung
Corak isi benang raja..terselindung dalam lambung
Segalanya senang di dunia
Mudah menghilang, mudah menjelma
Kumpul pahala, berhimpun dosa
Dakap cahaya, peluk gelita
Pelbagai jenis bahan disebut
Kasih dan juga cinta
Kurang sejemput, lebih secekut
Pasti hidangan ubah perisa
Sepotong kek, sepotong ayat
Kerat manis kata-kata
Injak puncak tanpa penat
Gapai bulan tanpa mata
Potong biar tajam mata
Bahagikan sama rata
Kurang sikit tak selesa
Rampas piring saudara
Senang-lenang, bahagia
Rezeki tandang berganda
Senang hati hilang cinta
Tak lagi duduk bersama
Tabah, harus kauterima…
Senang cakap, lontar kata
Lidah tak pernah merasa
Pahit yang menikam jiwa
Silalah..jemput..
Ini satu pencuci mulut
Rona isinya dah terliput
Fikiran lenang tak berkalut
Suasana tenang tak berangin ribut
Cuma..perubahan sikap berat terbantut
Tiap ujian harus disambut
Dikunyah, terkemut-kemut
Melulur nikmat..mengisi perut
Sisa pelangi dah tersangkut
Di celah gigi si penghasut..
..Yang tak henti mencarut
Nak senang, dari belakang kena ikut
Takkan ke depan 'kan dijemput
Masa tenang…berdesut…
Masuk gelanggang…berserabut…
Si Pahlawan Mulut…
Kecut!
Merah.jingga.kuning.hijau.biru.nila.ungu.
Disapu cairan suci, taburan bunga gelita
Hiasan tampak jelita, bahan-bahan tak sepadu
Moleknya menjamu mata, pahit gugurkan selera
Pelangi masih menunggu, awan langit dah merindu
Si hantu menggesek ibu, petik-petik tak berjumpa
Wau bulan
Teraju tiga
Demi cinta..demi cita..demi perjuangan
Sulamkan seni melangit tinggi bak benang raja
Di akhir masa..pusaka purba kami wariskan
Berlinang-linang..titis ke lilin..sandang seni, kekata