(tA0n NiE aQ) XnK BlIk RAyE Lyrics
- Genre:Rock
- Year of Release:2024
Lyrics
Dah berapa tahun tak puasa
Tapi tahun ini aku nak cuba
Entah bila hati terakhir merasa
Seronok bila raya nak tiba
Ajaib pernah menyapa entah ke mana
Harus bergaya, memaksa ria
Kena hadap orang yang aku tak suka
Semua dah hilang makna, tak macam dahulukala
Tahun ini aku taknak balik raya
Semua dah hilang makna, tak macam dahulukala
Tahun ini aku taknak balik raya
Kalau balik pun asyik-asyik ditanya
"Dah jumpa ke? Hah, nak kahwin bila?"
"Muzik lagi? Bila kau nak berkerjaya?
Lama buat tapi belum pun berjaya"
Semua engkau nak tahu, aku pun tak tahu
Cuma kau perlu tahu:
Budak-budak aku kasi gula-gula
Jangan harap dapat duit raya
Budak-budak aku kasi gula-gula
Jangan harap dapat duit raya
Berbanding sesama
Inikah budaya?
Maaf pun tiada guna kalau tuhankan harta
Tahun ini aku taknak balik raya
Maaf pun tiada guna kalau tuhankan harta
Tahun ini aku taknak balik raya
Tahun ini aku taknak balik raya
Tahun ini aku taknak balik
Raya!
Lemang, ketupat, rendang, lodeh, dan bunga api
Mercun, meriam, sepupu cantik, aku tak peduli
Tak mampu perang dengan social anxiety
Mungkin terlalu lama diri menyendiri
Emak di rumah dah makin tua
Bilalah lagi nak ada masa?
Emak di rumah dah makin tua
Bilalah lagi nak ada masa
Ruang luang bersama, beramah, bermesra?
Tahun ini aku cuba balik raya
Persetankan semua, buat kerana cinta
Tahun ini aku cuba balik raya
Tahun ini aku cuba balik raya
Tahun ini aku cuba balik raya
Tahun ini aku cuba balik