Jangan Risau Lyrics
- Genre:Rock
- Year of Release:2018
Lyrics
Dan aku sendiri lagi
Bersarang dalam kamar gelap ini
Terus memaki diri, fobia dengan realiti
Sampai bila mahu begini?
Aku perlu berdiri di atas kaki dan mulakan intradiri
Aku tenung ke dalam mataku, berteriak-pesan kepada aku
"Hey, budak. Kau akan okay
Ingat korus ini
Walau apa terjadi di dunia ini
Aku akan okay, aku akan okay
Selagi aku ada dirimu, aku tahu
Aku akan okay, aku akan okay"
Masih aku ingat pesan Ash
"Memang kita buat salah
Tapi jangan pernah salahkan diri kita"
Dan Pujangga Merah bermadah
"Saya teringin tengok awak sayang awak macam awak sayang saya"
Memang hidup kadang dan selalu sukar
Terkoyak semua, dicerai bakar
Tidak, ini bukan satu rungutan, cuma sealun ingatan
Cuba dan cuba teruskan hidup yang terselit indahan
Dan aku tak dikurnia senang dan harta
Namun masih diselimut suaman cinta
Daripada sejumlah adiwira manusia dan Sang Pencipta, Pemberi Asa
Teruskan saja dan jalan lagi
Ingat korus ini
Walau apa terjadi di dunia ini
Aku akan okay, aku akan okay
Selagi aku ada dirimu, aku tahu
Aku akan okay, aku akan okay
Dalam peti surat depan rumah ada sekeping surat untuk aku daripada aku
Katanya
"Wahai cinta, wahai sayang
Jangan pernah lagi kau hilang
Aku ada, Tuhan ada, mereka ada
Buat hari kau terang
Yang lalu jangan kau kenang, yang kelak jangan kau bimbang
Hiduplah dalam sekarang
Tulis hikayat hidupmu dengan tenang dan senang"
Cuba hidup sebelum ku mati
Merangkak kalau tak dapat lari
Walau apa pun yang 'kan terjadi
Aku tahu aku akan okay