Esok Belum Tahu Harimu Lyrics
- Genre:Acoustic
- Year of Release:2021
Lyrics
Jika kau lihat adanya bulan
Jangan lupa sinarnya mentari
Bawa diri di mana saja
Jangan lupa mana asalmu
Jika kau sanjung cantik rupawan
Jangan lupa wajah yang biasa
Nasib orang tak dinilai pada rupa
Baik budi baik bahasa disanjung
Jangan terlalu cepat menilai
Kerana hati orang tak sama
Jika kau merendah tentu dipandang tinggi... tinggi
Hai orang-orang yang sombong
Berhentilah menindas
Berbuat baiklah sesama manusia
Kerana esok belum tahu harimu
Jika kau lihat luasnya lautan
Jangan lupa langit yang tinggi
Semua orang punya nasib berbeza
Semua orang bernilai di mata
Jangan terlalu cepat menilai
Kerana hati orang tak sama
Jika kau merendah tentu dipandang tinggi... tinggi
Hai orang-orang yang sombong
Berhentilah menindas
Berbuat baiklah sesama manusia
Kerana esok belum tahu harimu
Kerna esok belum tahu harimu