Pergi Buat Selamanya Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2024
Lyrics
Dah hilang semua saat yang ku mahu
Tak ku sedarinya berlalu
Kehilangan diri semakin rapuh
Maafkan silap ku menjauh
Kau yang sudah pergi
Selamanya
Tak kembali
Kau yang sudah pergi
Selamanya
Tak kembali
Dulu kita tak luang masa
Ego aku cuma tata-cela
Mencari salah dan menunding jari
Tak pernah sekali ku tanya diri
Apa khabar kau tika ada
Jarang dakap kini ku berduka
Sakit hati kau tetap tenang
Tidak lantang kau beri ruang
Diri ini yang tak pernah faham
Semua kau simpan diam
Semua rahsia pendam
Tika rindu dipejam
Ku cari semula
Potret dalam almari kaca nak ku ubati luka
Tatapi wajah kau dengan harapan ku pulih juga
Dah hilang semua saat yang ku mahu
Tak ku sedarinya berlalu
Kehilangan diri semakin rapuh
Maafkan silap ku menjauh
Kau yang sudah pergi
Selamanya
Tak kembali
Kau yang sudah pergi
Selamanya
Tak kembali
Pimpin tangan ku perlukan
Tujuk arah dan peganggan
Masa jatuh dipinggiran
Tiada siapa yang perasan
Aku tahu kau peduli
Bibir katup, hati bunyi
Doa engkau ku rindui
Kini doaku disemadi-kan
Biar rasa ini mati takkan ku menjauh
Moga dapat ku teruskan hari-hari dengan jiwa yang teguh
Tenang engkau disana
Tenang engkau disana
Tempat kitakan sama
Jumpa semula