
kemacahya ft. Irena Taib, Mosyuki Borhan & Hazeeq Azhar Lyrics
- Genre:Alternative
- Year of Release:2024
Lyrics
Tersedak hiba bila aku
Memandang dengan tak terdaya
Sang ibunya memangku tubuh kaku
Mula biru sendi beku tak terlihat
Adakah dunia buta
Dan pejamkan mata saja
Atau hanya celik
Untuk mereka yang punya semua
Dibawah telunjuk jari gila
Dengarlah
Sebarkan
Suara luka
Harap dimaafkan
Ku cuma
Selemah Insan
Selemah Insan
Dia merenung jauh diruang jendela
Yang tinggal cuma
Harapan dan besi cerucuk
Yang menembusi semua rasa
Tak terungkap
Mengapa satu soalan
Berlegar di fikiran
Ketikanya mengutip semua kaca dan impian
Tanpa jawapan
Dengarlah
Sebarkan
Suara luka
Harap dimaafkan
Ku cuma
Selemah Insan
Selemah Insan
Gempita langit
Tak pernah menggentarkan dadamu
Kerana ketakutan adalah hal yang
paling langka menghuni sukma
Runtuh rebah tak pernah
Menggugah injak kakimu
Kerana tenteram
Telah lama
berkubu di negeri kalbu
Lara luka tak pernah
Melesukan reda wajahmu
Kerana hangat darah
Adalah wangi kasturi
Yang mendiami tubuhmu
Bahkan yang selalu menyala
Dari matamu
Adalah bara juang
Yang mengilaukan semarak
Suara damai
Dengar
Dan sebarkan
Suara yang terluka
Mohon
Maafkan
Aku tak berdaya
Dengar
Dan sebarkan
Suara yang terluka
Mohon
Maafkan
Aku tak berdaya