Nakhoda ft. Jay Besar & Tanda Nama Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2022
Lyrics
Walau badai nya kuat situ lahirnya nakhoda
Kami tak gentar saking diporak poranda
Berkalis zikir doa bukan tangkal mantera
Syukur Alhamdullilah merata bak falsafah
Rata purata perjalanan arus ombak
Melawan masa dan rehat banyak tertunggak
Diatas Bumi ini para Pewira berpijak
Menghembus nafas dan cerita pun terjemah
Rakus pada nafsu membuat kita bisu
Maruah pun terganggu mengharungi haru biru
Bikin banyak merapu pikirannya mudah sendu
Dan begitulah hati kita terpaku kaku
Kalau cuma peluru hati kami takkan gentar
Dunia ini cuma lena untuk sebentar
Kalau kami tiada jangan mencari khabar
Sebab karya usaha kami yang patut kamu cabar
Kalau tiada kenderaan
Guna kaki 'tuk kembara
Walau harus merangkak
Tetap 'kan teruskan
Biarpun terluka
Biar tiada yang hulur tangan
Takkan putus berjuang
Hingga nyawa di hujung badan
Mereka nak cabar, tapi cuma sekadar mengacah
Sangka kami gentar, nahh sikit pun tak berganjak
Kami tahu beza bahaya dan pelawak acu senjata
Kerna budak pun mampu angkat pistol 'tuk berlagak
Namun siapa yang berani tembak hingga kena sasaran?
Siapa yang sudi ditembak demi 'tuk mempertahan?
Ramai cuma mahu menang tapi takut kalah
Sambil kami keluar zon selesa, kejar impian sampai dapat
Tiada bantal 'tuk lena cuma berbantalkan lengan
Bahkan tidur 8 jam pun dikira jenayah
Bimbang terlambat jadi sentiasa bergerak cepat
Terpaksa gadai rehat, hanya berehat s'telah berjaya
Kami sanggup bersakit-sakit demi untuk sembuh
Kami salur keluar penyakit dengan titik peluh
Setakat menguji agar kami lari medan
Pilihan kami hanya dua - syahid atau menang
Kalau tiada kenderaan
Guna kaki 'tuk kembara
Walau harus merangkak
Tetap 'kan teruskan
Biarpun terluka
Biar tiada yang hulur tangan
Takkan putus berjuang
Hingga nyawa di hujung badan