PESAN ft. Adlina Tunggal Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2022
Lyrics
Bermula saat itu semuanya telah berubah
Yang disayang disanjung kini menjadi gemulah
Hidup ini mula langkah maya pun tidak menentu
Selalu terkenangkan memikirkan dan aku rindu
Kau insan yang kudus, terbaik dan nirmala
Terlalu istimewa hingga membuat ku cakna
kau tidak dilupa banyak memorabilia
tersemat dalam hati itulah seyogia
Kau, aku punya perbezaan terbalik pelik,
Terselamatlah aku dari lautan yang fasik,
Masihkah kau ingat, kisah intipati
Keluar telinga kanan masuk pula telinga kiri.
Hidup ini tak seharusnya semua lurus
Yang penting jalan kita lancar dan terus terurus,
Kau selalu menitikkan komitmen dedikasi
Berkorban segala apa yang mampu diberi
Kini kau pergi meninggalkan ku selamanya
Oh
Kini ku merindukan mu hai sang teman
Oh
Disaat kau ditimpa nestapa kau tetap redha
Menahan dugaan senyuman mu terukir ria
Kau tanya padaku tentang isu-isu neraca
Pahala mu terkumpul di pelusuk jagatraya
Sejak kau pergi, banyak telah ku pelajari
Mencetus kalbu memius umpama reformasi tentang obligasi, nawaitu dalam diri
Tanpa sengaja kau telah jadi aspirasi
Umpama semalam kau baru sahaja berkata
Penyesalan menjelma, cari peluang kedua
Realiti mencubit, kau di dalam pusara
Ku sambung perjuangan ku kini di alam maya
Selalu kau cuba menegur ku dan menasihati
Asal niat kita haruslah kita telusuri
Berdoa itu mesti, salah satu prakarsa
Ingatkan ku pada tuhan yang paling bitara
Kini kau pergi meninggalkan ku selamanya
Oh
Kini ku merindukan mu hai sang teman
Oh
Aku yang nihilisme, aku yang hedonisme
Hiprokrasi, pidana, mudah khilaf dan alpa
Kau intiti mithali, engkaulah adiwangsa
Jasa akan dikenang sejuta dasawarsa
Ku diajar jangan terantai pada mayapada
Ku masih ingat pesan mu pada dewasa itu
Hiduplah bebas, janganlah lalai, jagalah solat
Telah terkesan, kau cuma beri pesan
Kau cuma beri pesan
Telah gagal dikesan
Al-Fatihah