
Ingat ft. Dan Sky Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2022
This song is not currently available in your region.
Lyrics
DALY FILSUF/
Lain padang lain belalang
Lain hulu lain parang
Lain dulu dan sekarang
Mereka kata masa aku sudah tiba
Untuk aku serahkan semua takhta
Dah terlampau jauh dah terlalu lama
Serahkan saja pada yang baru ambik alih pula
Ini bukan mainan suka-suka
Yang boleh diberi begitu saja
Bukan kerja satu hari dua
Sudah menjadi sebati didalam jiwa
Ingat tiada jalan senang
Tiada jalan pintas untuk kau segera diattas
Tiada cara mudah
Kalau kau belum bersedia jangan cuba nak bermegah
Kena buat sepenuh hati
Tidak boleh sekerat jalan
Kalau suatu hari ku berhenti
Kau teruskanlah perjalanan
Kena buat sepenuh hati
Tidak boleh sekerat jalan
Kalau suatu hari ku berhenti
Kau teruskanlah perjalanan
Hati-hati dengan mulut
Kerana boleh bawak maut
Hati-hati dengan lidah salah kata kita binasa
Hati-hati dengan tingkah salah laku kena pangkah
Hati-hati dengan hati salah kasi kita mati
Peluang hanya sekali
Gagal berkali-kali
Bangun dan jatuh lagi
Jangan serik bangkit lagi
Mulut akan selalu berkata
Selagi telinga mendengar
Selagi hati curiga
Lain padang lain belalang
Lain hulu lain parang
Lain dulu dan sekarang
DAN SKY/
Lain dulu, lain sekarang.
Lain cara, lain gaya
Ku simpan ini peluang
Peluang takkan ku buang
Terima kasih atas syarahan
Syarahan yang tak dibandingkan
Giliran dalam pertandingan
Pertandingan untuk berlawanan
Kau Raja macam Singa
Aku hanya serigala
Serigala baru mula
Serigala sedang lapar
Nama kau aku laungkan
Segala nasihat dibentangkan
Ku ingat dalam ingatan
Agar menjadi pedoman
Dari kecil ku angguk geleng
Sekarang matang masa aku tanding
Atas bimbangan yang kau diberi
Wa tak soal terus ngerti
Motivasi ke motivasi
Walau perlahan wa Janji Daly
Takkan henti ke puncak tinggi
Sampai mati
Akan ku daki
Apa macam tak angkat kaki
Angkat kaki wa gerak laju
Gerak laju ku ikut langkah
Langkah berjaga jaga
Agar tidak sia sia
Bersedia di hari muka
Bersedia di hari muka
Ku sudah siap sedia
Akan ku buat sepenuh hati
Takkan berhenti sekerat jalan
Kalau suatu hari kau berhenti
Tetap ku teruskan perjalanan
Akan ku buat sepenuh hati
Takkan berhenti sekerat jalan
Kalau suatu hari kau berhenti
Tetap ku teruskan perjalanan